7 Tips Menulis Blog Entri yang Bagus

Seperti biasa, pagi Isnin bukan pagi Monday Blues. Tapi hari untuk sharing blogging tips based from my own experience. Sharing to Bloggers from Blogger. Kali ni, tips asas menulis blog entri yang bagus. Lain orang lain cara, but ini cara Atika Ramlan =)


1) GUNA TIPS SEO (Search Engine Optimization)
Mulakan walau sedikit. Tidak perlu latar belakang teknikal untuk mulakan asas SEO.  Boleh baca tips SEO kat sini: TIPS SEO Keyword  and TIPS SEO Blog Entri

2) JANGAN CIPLAK!!
Aduhai. Ini memang pantang. Bayangkan kita penat-penat perah idea, atau mungkin penat translate. Alih-alih ada blogger malaun yang cedok copy paste sejibik! Dan gayanya macam dia bijak sangat menulis entri tu. Panas hati tak?
Pastikan blog entri original. Kalau baca daripada blog lain, ubahsuai ikut pemahaman, atau mintak izin share/beri kredit pada blogger tu.Pernah share kisah kena ciplak dulu: Ciplak Entry, Tapi Berlagak Ori.

3) KISS ( Keep In Short & Simple. Or some say Keep It Short, Stupid!)
Pendek. Straight to the point. Kalau perlu beribu2 patah perkataan, pecahkan kepada 2 blog entri atau lebih. Nak tulis blog ke cerpen atau novel? Hehe. #mohonterasa.

4) PERENGGAN, BULLET/NUMBERING LIST
Ingat lagi tak tips tulis karangan SPM? Jangan sumbat semua dalam 1 perenggan yang chunky. Pembaca pening nak dapat isi penting.Guna bullet/list. Contohnya, berbanding tulis “…telah pergi beberapa blogger event percuma baru-baru ini seperti Premiere Screening HomefrontTayangan Perdana Penanggal,Colourful Batik Fun Walk.
Lebih kemas & jelas ditulis “…seperti:

5) SATU BAHASANYA
Tak kisah la Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dsb. Elakkan bahasa terlalu majmuk. Sikit-sikit is ok la.. But if u want to campur here & there, aiyoyo.. bikin pening seh… 

6) MOLEK SAIZ & EJAANNYA
Ada orang suka lahai guna font kecik besor dan ejaan hip-hop sangat. Kalau anda blogger suka hati, sila teruskan. Tapi kalau nak professional and tampak kemas, sila guna font & ejaan macam tulis karangan SPM ye. Elakkan la ayat cenggini “koRunNks saYuNk x paReNtS koRuNks??! iolssss saYuNkkkk sgt2!!! vaZz gitewww. Nymph bc ciTeR yg xjg parents tEw..” OMG!

7) KREATIF & MENARIK
Errrr, tips atas macam skema dan bosan je kan bunyinya? Tak semestinya ikut blogging tips, kena tulis formal macam surat rasmi SPM. Huhuhu.. Selit-selit la bahasa informal sket. Terpulang nak formal or a bit gila-gila like my style.

Ada lagi more tips untuk tulis blog entri yang bagus? Share lah! =)

Atika Ramlan

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: