Wah! Tak sangka ramai jugak interested bila I post about Batik Fun Walk Malaysia 2013 . Menyesal pulak tak promo Batik Fun Walk 2013 lebih awal. Thanks to geng travel yang join me, boleh baca: Batik Fun Walk with Geng Travel
Apapun, event tahunan ini memang best! Acara awal pagi ni bermula dengan ambil goodie bag dan nombor giliran. Kemudian ada senamrobik dengan Arja Lee -serius best cara dia buat. Kemudian jalan 2.3km yang kami tak sedar pun kejauhannya.. Hehehe.. After that sesi cabutan bertuah dan persembahan artis iaitu Akim, Adira dan Arja Lee. MC pulak Azrul Cham yang memang kelakar!
Dengan hanya RM10, siap dapat goodie bag filled with kain batik, buns and mineral water. Unlimited fun. Peluang tengok masing-masing yang kreatif dengan batik. Tapi tidak lah sehavoc dan viral macam Keretapi Sarong.
Saat paling manis tentulah dapat bergambar dengan Khairy Jamaluddin, Remba Most Wanted. Hehehe. Ini event ketiga pergi yang ada dia, tapi ini kali pertama dapat peluang bergambar. Yang tak best nya, sebab tak dapat cabutan bertuah. Air Asia sponsor beberapa hadiah dan siap hantar group of Air Asia Allstar join Batik Fun Walk.
Next year, memang akan alert untuk Batik Fun Walk and Keretapi Sarong! Harap-harap time tu I'm free & available.
No comments:
Post a Comment