TIPS SEO Blog Entri yang Mudah

Lepas baca TIPS SEO Blog Entri yang Mudah jangan lupa baca TIPS SEO Keyword yang Mudah pula ye! (Kuar Isnin)
Hope korang dah baca kenapa Search Engine Optimization (SEO) amat penting.
Level: Basic SEO. 


Blog Entri yang BAGUS TAJUKNYA
Selain keyword SEO, amat penting untuk gunakan tajuk blog entri yang betul. Sebab selain keyword SEO dalam blog entri, enjin carian pentingkan SEO tajuk blog yaa..

Blog Entri yang MENARIK
Kalau main spamming keyword SEO dalam blog entri, tapi gaya penulisan teruk atau tiada isi, tak guna jugak. Susahlah nak dapatkan pembaca/follower tegar. Pastikan blog entri cukup info, kemas dan menarik.

Blog Entri yang KERAP
Jangan jadi pemalas macam saya. Hehehe. Kalau serius dalam blogging, pastikan update blog selalu dengan blog entri terbaru. Kalau tak boleh 3x sehari, pastikan beberapa kali seminggu. Kalau pemalas, makin menurun la pageview/unique views ke blog dan jugak Alexa dan SERP ranking.

Blog Entri yang PANTAS
Bila nak bersaing keyword popular macam isu semasa atau movie review, bersepah blogger lain akan tulis. Antara cara nak pastikan blog entri muncul landing page pertama, tulis blog entri secepat mungkin! Kalau boleh live updates, lagi bagus. Enjin carian akan jumpa blog entri korang terlebih dahulu, especially kalau dengan proper SEO keyword.

Blog Entri yang PENDEK
Korang rajin ke nak baca blog entri yang berjela-jela? Kalau topik yang informative macam Blogging Tips/Tutorial, kebanyakan pembaca memang rajin jugak nak baca. But still, lebih bagus untuk limitkan blog entri anda. Selain mudah untuk pembaca, blog page akan load lebih cepat. Kalau banyak info nak share, pecahkan kepada beberapa blog entri. Macam blog entri TIPS SEO Blog Entri yang Mudah ini, adalah sebahagian daripada Koleksi TIPS SEO Asas yang Mudah.

Blog Entri yang BETUL EJAAN
Pastikan tiada spelling mistake, especially tajuk blog. Elakkan bahasa sms or short form. Short form biasa ok la (yg, utk, drpd etc..), elakkan guna (sj, brpe, knpe).

NEXT SEO TIPS: TIPS SEO Keyword yang Mudah


Atika Ramlan

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: