Kenapa Search Engine Optimization (SEO) Penting?

Tahniah kalau korang baca artikel ni! Maksudnya korang bukan sembarangan blogger yang hanya blog untuk suka-suka  =) Betul tak? Sebab tak ramai yang tahu apa itu Search Engine Optimization (SEO).

NOTE: Maybe ada yang tanya layak ke myself sharing tips blogging ni? Hehe. Memang senyap for few years, but apa yang saya share based on cara saya tingkatkan blog trafik mendadak dalam 3 bulan. Penah la rasa beribu-ribu UV, buktinya: Blog Performance Analysis Beribu-ribu UV

Apa Itu SEO

Proses untuk optimumkan/tingkatkan ranking laman web (termasuk blog) di enjin carian i.e. Google, Yahoo, Bing. Ada pelbagai cara, dan bukan untuk laman web, tapi untuk gambar, video dll.

Kepentingan SEO
Search Engine Optimization (SEO) amat penting untuk tentukan kedudukan blog entri/blog pada enjin carian/search engine seperti Google, Yahoo or Bing. Paling seronok kalau dapat muncul di landing page pertama, lebih bagus hasil carian teratas! Teknik Search Engine Optimization (SEO) penting untuk naikkan trafik blog dan naikkan Alexa Ranking, PageRank (PR) dan SERP (Search Engine Results Page) Ranking.

Kegunaan SEO

Kebanyakkan blogger perlukan SEO sebab: 
SEO Bagus = Muncul 1st page Search Engine = Banyak trafik = Increase Income/Reader.

Macam korang taip apa-apa carian/query  di Google, selalunya mesti klik mana-mana laman yang keluar pada muka pertama result page kan? Kalau blog muncul di muka pertama atau senarai pertama, SEO hebat la slalunya..


Teknik SEO 

Pelbagai! Ada on-page, off-page and macam-macam lagi. Tapi next post, saya kongsi pulak TIPS Mudah SEO yang sesuai untuk blogger yang baru nak kenal dunia SEO. Simple, yet efektif tau.


Follow my blog or stay tune untuk next post!

Atika Ramlan

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: