TIPS SEO Keyword yang Mudah

Sebelum ni dah share TIPS SEO Blog Entri yangMudah. Kali ini TIPS SEO Keyword yang Mudah pula yang saya nak share untuk panduan menulis blog entri. Oh ya, hope korang dah baca kenapa Search Engine Optimization (SEO) amat penting.

LEVEL: Basic SEO

Keyword yang BAGUS
Fikirkan apa yang pembaca akan taip masa mencari di search engine. Lebih bagus kalau dapat keyword yang evergreen dan bukannya bermusim. Contoh keywords evergreen popular kat blog AtikaRamlan: “Burger Bakar Kaw Kaw Puchong”.

Keyword yang SPESIFIK
Ramai orang kejarkan keyword phrase popular yang generik i.e. TIPS SEO Blogging. Tapi cara ini boleh backfire-especially kalau blog baru nak bertapak. Memang susah la nak dapat landing page pertama search engine sebab blogger yang lebih popular dah gunakan keyword popular tu. Pembaca sekarang lebih gemar taip spesifik supaya senang jumpa info yang diinginkan.. 

Macam keyword “Burger Bakar Kaw Kaw Puchong” yang lebih bagus daripada Burger Bakar sahaja. Keyword ni masih kekal kat landing page pertama, dan result teratas Yahoo dan Bing, tapi dah merosot ke page keempat Google =(. Tapi memang lama kat landing page pertama Google,almost 2 years.

Keyword yang MENONJOL
Format bold/emphasize pada keyword. Macam ni: TIPS SEO Blogging Mudah 2013, dan bukan sekadar taip TIPS SEO Blogging Mudah 2013. Search engine memang akan kenal pasti lebih mudah keyword yang menonjol berbanding yang biasa.

Keyword yang LEBIH BESAR
Selain bold, gunakan font yang lebih besar untuk keyword phrase. Cuma cara ini saya guna kadang-kadang, atau untuk Subheading jer. Sebab tak suka tengok font besar kecik besar kecik dalam my blog entri. Contohnya, dalam entri ni, semua tajuk TIPS SEO Keyword yang Mudah guna font yang lebih besar.

Keyword yang BERPADA-PADA.
Memang ini TIPS SEO Keyword yang Mudah . Tapi jangan penuhkan blog entri dengan puluhan keywords. Pembaca muak dan bosan, search engine pun pening. KISS bebeh (Keep it Short & Simple).

Keyword yang BERSATU
Macam keyword “Burger Bakar Kaw Kaw Puchong” dalam SEKALIGUS. Kalau tulis “Burger Bakar Kaw Kaw memang popular dan sedap. Sekarang sudah dibuka di Puchong”, enjin carian/search engine memang masih baca macam apa yang bold tu, tapi lower sket rankingnya..

Keyword yang KEDUA POPULAR
Contohnya keyword utama: Burger Bakar Kaw Kaw Puchong
Keyword kedua mungkin: Kedai Makan Murah Puchong.

Atika Ramlan

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: