Cabaran ESCAPE Room Setiawalk Mall Puchong

Pic Credit to Izzati
Fuh, teruja sungguh dengan pengalaman ala CSI di ESCAPE ROOM Setiawalk Mall, Puchong. 45 minit untuk jadi genius dapatkan klu, selesaikan misteri dan lepaskan diri dari bilik terkunci! Pergh! Boleh ke tak ni?


Thanks to Izzati, I was invited untuk join blogger lain untuk merasa keseronokan ESCAPE Room di Setiawalk Mall, Puchong. Seriously, mula-mula cuak since jenis penakut and takut gelap. Tapi beranikan jugak diri since outlet ni memang dekat dengan rumah.

Kali ini, kami berlima diberi peluang mencuba bilik Crime Scene: The Homicide Unit. Tapi kena masuk sehelai sepinggang tau, so kena letak barang-barang lain dalam loker (free). Then kami diberi briefing tentang apa yang perlu kami buat dan cara-cara minta tolong kalau-kalau tak lepas. Kami perlu dapatkan klu  untuk melepasi 5 bilik, dapatkan bahan bukti dan lepaskan diri dalam masa 45 minit!

Adoi. Cuak tengok bilik gelap. Haha. Luckily bilik tidak segelap atau menakutkan seperti yang disangka. Tapi muzik latar lagu Cina lama tu agak cuak sikit la. Kami semua sibuk meraba sana sini cari klu dan kunci untuk ke bilik seterusnya. Walaupun tak gelap sangat, tapi sebab ada mini torchlight je, so susah gak. Maybe korang boleh la seludup torchlight sendiri nanti untuk senangkan diri, tapi tak mencabar la kalau gitu!

Jeng Jeng Jeng.. Apa kesudahannya?Kami kalah! Cuma bilik pertama je berjaya dapat klu (solved by me pulak tu, hehe..). Yang lain2, semua kena mintak hint drpd staf. Haiiyooo. Terasa tak cukup genius pulak. Game ni memang perlu kerjasama kumpulan, dan kepintaran akal. Kalau jenis yang tak biasa langsung solve puzzle, memang garu kepala dok pikir camne nak dapatkan klu.


Maklumat lanjut ESCAPE Room:

Harga dan Waktu Operasi:
Isnin- Jumaat: RM32 (11 am-5 pm) RM36 (5 pm-1 am)
Sabtu, Ahad dan Public Holiday: RM36 (11 am-1 am)
*harga per person yaa,not per room. minimum 2 orang.

Ada 4 outlets (so far) : eCurve Damansara, Setiawalk Mall Puchong, Bandar Botanic Klang dan Berjaya Times Square KL. Lain outlet, lain rooms  and experience. So kalau rajin, sila la try semua rooms di semua outlet, hehe..

TIPS: 
  • BOOKING (online/call), jangan walk-in sahaja. 
  • Cuba bilik yang agak senang dulu, then baru cuba bilik yang paling mencabar sekali!
  • Ajak kawan yang boleh membantu, rugi je kalau pilih yang tak minat main games.

Tq so much Izzati, Nannie, Nazlan, Konah and ESCAPE room for this awesome experience! Next time kena try bilik yang lain pulak…

Atika Ramlan

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: