Makan Percuma @ Penang Kayu Nasi Kandar

Datuk Lee Chong Wei hanya mampu menyumbang pingat perak untuk Olimpik 2012. Maknanya, no free Baskin Robbins. Tapi masih ada makanan percuma!

Sumber: Berita MStar 
Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar di SS2, tetap akan memberi makan percuma hari ini ( 6 Ogos 2012). Bermula 7 hingga 8 malam. Jadi, Sesiapa yang berdekatan, boleh la pergi. Especially untuk berbuka puasa. Dapat set hidangan + minuman.

Hanya di SS2 sahaja tau!  Jangan marah2 kat cawangan lain pulak.

Dalam masa yang sama, agak panas hati dengan komen-komen negatif bila Lee Chong Wei kalah. Gelaran Lee Chong Away tu melampau la. 

<== Dan muka depan Kosmo hari ini, amat dangkal. Nampak sangat bila menang, dijulang. Ade ke patut sebut Lee Chong Wei terlepas 4 juta ? Patutnya headline suratkhabar lebih positif untuk beri semangat pada atlet dan kita semua..Hmm, esok takyah la korang beli suratkhabar Kosmo. Baca online je sudahla kalau nak sangat baca.

Bila tengok Lin Dan dengan wife dia, terpikir plak "Lee Chong Wei ni kena kahwin gamaknya." Hehe. Maklumla, behind every man is a woman kan..Ahaks.


Tapi sayang, tak dapat tonton perlawanan Lee Chong Wei vs Lin Dan sebab tengah attend Majlis Berbuka Puasa #ChurpOut sebab Menang Invitation ChurpChurp.



Atika Ramlan

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: