Alhamdulillah,
pertama kali dapat jemputan daripada food blogger Mahamahu untuk food
review Halal Chinese Food di Downtown KLIA Seafood Restaurant
(DKSR). Turut serta blogger-blogger hebat jugak tau, Hazman Fadzil,
Penaberkala, Kifli Mally, Rawlins, Jae Hashim and Kelvin. Kita sorang je
perempuan dan blogger picisan, so amatlah berbesar hati.
Sampai
je di lokasi restoran, memang terkejut. Tak sangka restoran sebesar ni ada di
Downtown KLIA. Dekorasi dalamannya warna merah, sinonim dengan kaum Cina. Tapi
boleh Nampak kaligrafi sebagai feature wall DKSR. Ada ruang terbuka dan berhawa
dingin, lengkap dengan free WIFI.
Untungnya
kami hari tu, semua makanan yang disajikan adalah menu pilihan utama pelanggan
DKSR sendiri. Walaupun banyak pilihan, tapi rata-rata pelanggan, balik-balik
mesti order itu jugak. Hehehe. Mungkin sebab personal favourite, mungkin jugak
sebab sedap giler!
Ok, jom
jamu mata apa yang kami jamu perut. Hihi..
Main
course nan lazat:
My personal favourites are Assam Steamed Fish dan Salted Egg Squid. YUMMY! Butter Prawn dah selalu makan kot, hehe. Beef with Ginger and Spring Onion pula nipis dan lembut. Yang unik dan pertama kali jumpa/makan ialah Volcano Beancurd dengan Sizzling Seafood. Seriously recommended kalau korang plan ke DKSR ya..
Sayur
nan sedap:
Saya
memang giler cendawan, so memang amat jatuh hati pandang pertama dengan
Mushrooms with Broccoli ni. Serius boleh habiskan sorang 1 pinggan ni. Hihi.. Tapi
Spicy Four Vegetables (Heavenly King) pun sedap. Ada petai tuh..
Minuman
pilihan kami: Sebulat suara pilih kedondong asam boi. Bila nak tambah pun,
refill yang sama. Hehe. Sedap sehh. Fresh, masam-masam manis. Sesuai untuk
hidangan seafood kami.
Terima
kasih pada Pengurus Restoran, Siti Masmazliana yang
sabar layan kami. Juga kepada pemilik DKSR Prof. Dr. Abu Talib Othman atas
jemputan. Kepada yang berminat untuk mencuba makanan Chinese Muslim Cuisine
yang halal, ini info DKSR:
Alamat:
Downtown KLIA
Seafood Restaurant (dekat roundabout Concorde KLIA)
No. B 40 - B 48,
Jalan KLIA 1/60,Charterfield Commercial Center
64000 KLIA
Tel :
03-87831031
Faks :
03-87831032
Waktu
operasi:
Isnin hingga Sabtu. 10.00 pagi - 10.00
malam
Untuk tempahan:03-8783 1031 || zsb01@streamyx.com || sitimasmazliana@ymail.com
No comments:
Post a Comment